WELCOME TO MY BLOG

Hope You All Will Enjoy With It !!

Friday, September 23, 2011

Konsert SuaraKami@Stadium Merdeka



Mai kte buat ayat baku ckit ea.....


Pada 17 September 2011,sy bersama rakan2 telah pergi ke Stadium Merdeka bukan untuk menyambut hari kemerdekaan mahupun hari 1 Malaysia.

Tujuan kami iaitu sy SURIANA,AISHAH dan FATIN ke sana ialah untuk menghadiri Konsert Suara Kami yang telah dianjurkan oleh Astro.

Kami mula bertolak pada pukul 10 pagi.Aku membawa kereta Vivaku sehinggalah di Stesen LRT Sg.Besi.Disana,kami menaiki LRT ke Stesen Hang Tuah untuk bertukar ke Monorel untuk ke Stadium Merdeka.

Sampai sahaja disana,orang masih tidak terlalu ramai.Mungkin kami terlalu bersemangat sehinggakan kami antara yang terawal disana.

Sampai sahaja disana,kami mencari ruang agar kami dapat menjamah juadah yang telah kami beli di sebuah kedai di Stesen LRT Sg.Besi.

Oleh kerana Aishah terlalu lapar,beliau dengan pantas telah menghabiskan bekalan beliau.Terdapat banyak permainan yang telah di sediakan oleh pihak penganjur untuk para pengunjung yang hadir.

Kami tidak lama di sana kerana Aishah mahu membeli-belah di Times Square.Suriana pada mulanya tidak mahu ikut serta kerana mahu menikmati suasana di Karnival Suara Kami itu.

Disebabkan tidak mahu tinggal keseorangan,Suriana terpaksa mengikut Aishah yang kaki jalan dan kaki membeli-belah itu.

Aku telah berjanji dengan sahabatku BARAKAH untuk berjumpa di Times Square.Barakah akan turut menyertai kami ke konsert tersebut.

Aku telah mendapat empat tiket konsert itu daripada HAJAR SAHIDA iaitu teman serumahku.Beliau tidak dapat pergi kerana ada urusan lain.

Mungkin takdir mahu aku merasa pengalaman pergi ke konsert.Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke konsert.

Jika diberi peluang untuk kali kedua,aku akan berfikir panjang untuk ke konsert lagi.Ini disebabkan oleh banyak faktor :

  1. Terlalu ramai orang.
  2. Suasana sesak.
  3. Akan berjumpa dengan berbagai-bagai jenis orang.
  4. Tidak begitu selesa kerana perlu berhimpit-himpit untuk menyaksikan persembahan.
  5. Hujan dan basah kuyup.
  6. Jika mahu dikatakan,menonton dirumah lebih selesa dan tidak meletihkan.


Tidak dinafikan keseronokan itu wujud.Tetapi seperti yang saya katakan sebentar tadi,saya akan berfikir dua kali jika diberi peluang untuk ke konsert lagi.

Bagi saya,ini merupakan pengalaman yang bermakna buat diri saya dan rakan-rakan.

Dapat menyaksikan artis-artis secara langsung dan juga kami dapat menyaksikan Perdana Menteri Malaysia secara langsung juga merupakan pengalaman baru bagi diri saya.

Disini saya turut lampirkan gambar-gambar kenangan yang telah kami ambil sewaktu disana.

























Sampai disini sahaja karangan saya yang bertajuk Konsert Suara Kami yang menggunakan bahasa baku.

Perhhhhh !!!!! mcm dkt selolah ler....memang mencabar...selalunya kte guna bahasa shortcut n rojak2...ble kene guna bahasa baku...rasa lain gler...

harap2...aku x lupa bahasa aku sbab bahasa kita sapa lg nk pelihara klu bkn kte kn...


:: Aku Insan Biasa ::

No comments:

Post a Comment