WELCOME TO MY BLOG

Hope You All Will Enjoy With It !!

Saturday, March 31, 2012

Business~Hijab



Sem nie aku ambik subjek keusahawanan...So,syarat kalau ambik subjek nie kene meniaga..nie subjek wajib..nak xnk kene ambik juga..

Mula2...macam2 nk jual..nasi goreng la,nasi lemak la,delivery la,cuci toilet la...last2 jual tudung je senang..

Aku pn x berapa nk setuju klu nk kene masak2 nie..semua busy..ble nk buat nk ble nk jual..huuhu

Akhirnya..jual tudung je..senang..beli n jual je..xyah nk buat2...

Memang untung la jual tudung nie...kami jual murah2 je..bkn nk untung sngt...juz nk meniaga ckit2 je..hee









Mempersembahkn..group Amboi Sayang ENT....Nama group yg sngt sempoi...hee




** Harap2 nie dapat menjadi satu permulaan yang baik untuk berbusiness...  =)

::Aku insan Biasa ::

Sunday, March 25, 2012

Orange BAWAL


started to use BAWAL HIJAB after a long leave ..





:: Aku Insan Biasa ::

Thursday, March 22, 2012

Sepet Eye to Big Eye


Walaupun aku tak faham apa yang dia cakap..tapi memang lawak la video ni...Muka hodoh boleh bertukar jadi cantik gila bila diorg makeup...Pandai sangat2....




** Nak belajar makeup macam nie..sebab mata aku pun species nie..hee

Tumblr~~

I think i already fall in love with TUMBLR...


its COOL...


Love all the PICTURE!!


I found Picture that i like there....


I hope u all also like this picture..Plz fall in love with it bcoz i already love it..















:: Aku Insan Biasa ::

Sunday, March 11, 2012

Trip To Sunway Lagoon ~~ Part 2


Hari ini hari ahad..aku tak pergi mana2 hari ni..Rasa nak berehat je dekat bilik..Semalam Drive pergi PERAK..Anak Mak Uda,Kak Ida Kahwin..Aku pergi dengan Ecah..Tq Ecah sebab sudi teman...Rumah dia dekat Teluk Intan Perak..Dekat je dengan rumah kenduri tu..Tapi dia tak sempat nak balik rumah dia...Letih la..

Sampai sana dah malam..Esok pagi dah kena bangun sebab nak tolong apa2 yang patut masa kenduri tu..Kami tolong buat makanan pengantin je..makanan tetamu orang2 kampung tu yang buat.Dapat la belajar sikit2..hee

Pukul 5 petang,Kami bertolak balik KL..Hantar Ecah dulu dekat Petaling Jaya then balik UPM..

Disebabkan aku tak buat apa2 hari ni..teringat la blog yang dah lama tak update..

Nak cerita pasal Sunway Lagoon la..Hari tu tak sempat nak cerita habis..

Aku meman dah lama plan nak pergi Sunway Lagoon masa sepanjang aku dekat UPM ni..Tapi masa,duit dll tak mengizinkan..

Sem ni...PTPTN baru masuk dan pada hari khamis hari tu kelas telah dibatalkan..So...kami teruskan plan kami ke sana..

Lepas balik kelas kul 10 pagi..kami balik bilik kemas2 barang yang nak dibawa ke Sunway Lagoon then kami pergi makan dekat Serdang (Padang~~Medan selera).kami bajet sikit..kan dekat Sunway Lagoon tu makanan dia mahal2..So,kami makan siap2..hee

Dekat pukul 1 baru sampai sana..Ingat nak ambik 3 park je (RM60 ~~ Water Park,Theme Park n Wild Park)..Huhu..Dulu masa aku pergi,boleh pilih nak Park yang mana..

Sekarang dah tak boleh ler...Kami tak nak masuk wild Park..Kami nak extreme park!!!

Pandai orang Sunway Lagoon...Bila dia buat macam tu,orang akan pilih ALL PARK ( RM75 ~~Ada 5 Park semua)

Kami pun terpaksa la pilih ALL PARK sebab nak main ATV...So,bayar la...masa bayar korang kena tunjuk korang punya IC..baru dapat diskaun 25%..kalau tak..lagi mahal lorrr...

Masa nak masuk..diorang akan chek korang punya beg..kita tak dibenarkan membawa makanan or minuman dari luar..semua kena beli dalam sunway tu nanti..LAGI PANDAI KANNNNN....

Kami terus pergi tukar baju dan cari tempat yang sesuai untuk letak barang2 kami..Barang2 yang bernilai..kami letak dalam loker yang kena bayar ( Loker yang boleh buka banyak kali ~~ RM15,Loker yang sekali buka je ~~ RM5 )

Kitorang pun pilih yang boleh buka banyak kali sebab nak ambil kamera dan simpan balik bila nak main air..Sapa nak jaga benda2 tu..mesti la semua nak mainkan..

Kami pergi extreme park dulu sebab akak kaunter tu nasihatkan macam tu..Takut petang hujan..tempat tu akan tutup bila hujan..

Sah2 la benda first yang kami main ialah ATV..

Lepas tu memanah,kemudian Paint Ball,kemudian Flying Fox...Masa nak main Flying Fox kena tunggu lama dan banyak procedurenya..Kena timbang berat..orang yang terlalu ringan or yang terlalu berat tak boleh naik..

Ni first time aku main Flying Fox..Memang berdebar habis la..Lagi2 masa berdiri dan tengao bawah..huhu..tinggi gila...Memang laju dia meluncur...siap pusing2 lagi..Serious..memang best..mula2 memang takut...tapi bak kata Hajar..Belum tau,belum cuba...hahah ( sengaja diterbalikkan )

Kemudian..kami main gelongsor air...letih nak bawa pelampung sampai atas..kemudian turun guna gelongsor...

Semua benda kami main...Aku memang species suka main benda2 extreme ni...Kapal 360,Tomahawk...Roller coster...dll...

Memang best la...tak boleh nak main banyak2 kali sebab masa tak meng izinkan..huhu...

Part yang paling lawak ialah masa kami masuk Scream park..korang mesti berkasut kalau nak masuk..Mula2 hajar tak nak masuk..kami pun paksa la dia masuk...hahaha...last2 dia yang tak takut...masing2 peluk dan jalan macam train...Semua takut nak jalan belakang...

Hantu tu akan ikut korang dari belakang..heeehheeehhee

Keluar dari situ..kami gelak sakan ler....

Lepas tu kami siap2 untuk pulang...Memang best la..korang kena pandai bajet masa..kami pun tak sempat nak main semua sebab hujan kilat..semua park akan tutup kalau kilat..

Balik tu..kami terus kena pergi meeting..memang letih la kan..huhu

Tu la pengalaman kami dekat sunway lagoon..kalau nak tengok picture..tengok la dekat FB saya ea...


:: Aku Insan Biasa ::

Sunday, March 04, 2012

CyberCrime

~ Assalamualaikum ~

Baru2 ni aku ada pergi dengar ceramah cybercrime..ni semperna minggu You And IT dekat kolej aku..penceramah dia lecture UPM juga..

Banyak info yang aku dapat..Banyak benda yang kita sangka biasa sebenarnya boleh membahayakan kita..

Facebook ... Blog... twitter... n many more..

Aku pun tak sangka benda yang kita saja2 tulis sebenarnya boleh membawa bahaya dekat kita or siapa2 yang berkaitan..

Ada satu kes yang dia cerita..Seorang isteri ni selalu ditinggalkan suami kerana suaminya outstation..so,dia post dalam facebook suami dia outstation untuk seminggu..Malang tidak berbau..Rumah dia kene rompak..Kemungkinan besar,perompak tu tahu suami dia tiada dekat rumah melalui Post yang isteri ni tulis dalam Facebook dia..

Bahayakan..So,beringat la...jangan sesekali post dekat facebook yang korang tinggal sorang dekat rumah..Parents keluar..Bahaya sebab orang akan ambil peluang yang ada masa korang sorang2..

Kita tak tahu siapa musuh kita...

Lagi 1..Jangan Approve orang2 yang korang tak kenal..Orang yang kita tak kenal..kita tak tahu niat dia apa untuk add kita dalam facebook..Aku dulu pun main approve je..insyaALLAH...lepas ni aku akan lebih berhati2..

Lagi satu kes ni melibatkan blogger..kes ni jadi dekat oversea..Seorang wanita ni peminat anjing..so dia selalu blog pasal anjing..Dia pun bertukar2 la pengetahuan dan cerita2 mengenai anjing masing2..

Pada suatu hari,wanita ni ada bagi tahu kawan blog dia yang dia mengandung 7 bulan..Kawan wanita ni mandul dan telah berkahwin sebanyak 2 kali tetapi masih tidak mempunyai anak..Kawan wanita ini mempunyai masalah psikologi..

Kemudian kawan wanita ni memberitahu wanita ini yang dia mahu melihat anjing di rumah wanita yang mengandung ni..Wanita mengandung ni pun benarkan tanpa syak apa2..

Yang menyedihkan..Wanita mandul ni telah membunuh wanita mengandung ni dan buat operation untuk keluarkan anak dalam perut wanita yang telah dia bunuh.

Anak tu hidup dah ibunya mati dibunuh..Mayatnya telah ditemui oleh ibunya yang datang melawatnya..( Kalau tak silap la..hee)

Siasat punya siasat..akhirnya polis or Computer forensik dapat tahu siapa pembunuhnya..Pembunuh nie mengaku tu anak dia..tapi dia tak ada bukti yang kukuh dan dia telah dijatuhkan hukuman..

Yang sedihnya...Baby tu hidup dan setiap kali dia sambut birthday dia..maknanya dia sambut sekali hari kematian ibu dia yang dibunuh..

Bahayakan...Pernah anda sangka benda2 macam ni akan berlaku??

So,berhati2 la ea dalam setiap tindakan kita..kita tak tahu apa akan terjadi..( Peringatan untuk diri sendiri~~ )


:: AKu Insan Biasa ::

Thursday, March 01, 2012

Trip to Sunway Lagoon ~~ PART 1

~ Assalamualaikum ~

Hari ini aku dan kawan2 aku pergi sunway lagoon pula..Ini disebabkan hari ini kami ada 1 kelas sahaja..so,kami pun pilih untuk ke sunway lagoon kerana hari khamis begini tidak ramai orang akan ke sana kerana kerja atau ke kelas.Jadi tidak perlulah kami berpusu mahupun beratur untuk main sesuatu permainan disana nanti..

Disebabkan terlalu letih hari ini..aku akan buat dua part..part dua akan menceritakan dengan lebih terperinci lagi trip kami ke sana..

Takat disini sahaja untuk kali ini...mata dan badan memanggil untuk mendapatkan rehat mereka...


:: AKU INSAN BIASA ::

Kata-kata Hikmat AKU



" Jangan Disebabkan Sesuatu Yang USELESS..Kita Kehilangan Sesuatu Yang PRICELESS "