WELCOME TO MY BLOG

Hope You All Will Enjoy With It !!

Tuesday, September 25, 2012

Maksud Bacaan Dalam Solat..Im sill trying my BEST to remember this :)





Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan ni'mat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naiks aksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atasI brahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim didalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnyahanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, yaTuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dans ahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

** Dapat dari Blog lain...sy copy n paste je  :)
** Nie blognye...singgah la ea...InsyaALLAH dpt bnyk manfaat...




:: Aku insan Biasa ::

Friday, September 21, 2012

Kisah Duit Syiling.


TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.





**Copy From Heliza FB...tq !!

Gurlz day Out!!

















































































Friday, September 14, 2012

Me again!!






Me In Turban :)













Me and The RIBBON!!







We ~~ Sem 5 student of Nutrition and community health UPM




** Gambar nie Alya yg tangkap..N bag yg kami pakai nie...alya yg bg...dia beli masa dia pegi UK..Tq ALYA!!



:: Aku insan Biasa ::

Jom Main Masak2

Assalamualaikum ^^

~ Bismillahirrahmanirrahim ~

Sem nie dah sem 5...tinggal lg 3 sem nk belajar dkt UPM nie..

Yang bestnye sem nie sebab kami akan belajar memasak..

Bukan main masak2 je..tp kami akan belajar teknik yang betul masa nk masak..

Selalunya kita main campak2 je kn...tp kali nie kami akan diajar cara n teknik yang betul..

1st lab nie kami buat Pan Cake...haha..selalunya kita main buat je kn..

Kali nie kami diajar cara sukat,cara gaul,cara masak n mcm2 lg..

Huhu...kadang2 takut nk masak dkt cni...klu salah...siap la kne tegur nnti...huhu

Mula2 ingat nk group dgn aishah je...tp,kami diarahkan buat kumpulan yg ada 1 Malaysia or lain jantina..haha..so,kami group 2 perempuan..sorg lelaki..

Nie la masterchef malaysia yg ada dkt UPM...hehe..semangat dia masak..kalah kami yg perempuan nie..










Nie pan cake kami...haha...xjd sngt sebab warna n teksture dia tak gebu sngt...hehe



Selepas masak..kami kne hidangkan utk di judge oleh lecture kami...Nie semua pan cake,tp lain org lain la bentuk n warnanya...hehe



Lepas di comment...kami di benarkan merasa makanan yg dimasak..huhu...tp waktu nie aku puasa...so bleh telan air liur je laaa....hehe

** Harap2 kelas nie dpt tingkatkn lg skill memasak kami agar kami dpt jd NUTRITIONIST yg  serba boleh!!



:: Aku insan Biasa ::

Majlis Pertunangan Abang Ngah Saya :)


Assalamualaikum ^^

~ Bismillahirrahmanirrahim ~

Majlis nie berlangsung pada 8.9.12

Sepatutnya abg ngah nk buat 16.9.12...masa hari Malaysia...Tp masa tu aku dh xda dh...dh kne balik UPM...

So,dia pn awalkn seminggu...sebab masa tu aku ada lg walaupun pagi je ada...mlm dh bertolak ke KL..

Tak sangka pn dia nk tunang....tup2 dia kata dia nk tunang...InsyaALLAH diorg akan kahwin dalam tempoh setahun nie laa...

Kami sekeluarga pn terima je..bnda baik..buat ape nk tangguhkn..abg ngan n pasangan dia pn dh sedia...so,kte doakan yg terbaik utk diorg je la kn...

Hehe...hantaran kami upah je...warna merah n hitam...cantik decorationnya..























Nie aku n maksu...dia pn nk posing jugaaa...hehe



Nie masa dlm perjalanan nk g meminang...hehe...comelkn dia nie..  :P









Mak tengah sarungkn cincin dkt bakal menantu dia...hehe...seronok la tu nk dpt menantu baru  :)






My sister n Fatin



Me n bakal kak ngah..insyaALLAH...






Show Me the RING !! 



Nie Suzana..perasan cantik la tu...hehe



Org sibuk posing..diorg pn nk juga..Una n Ayu









Abg Ngah n tunang dia..posing mcm dh kawen je....hehe






Nie Hantaran sebelah perempuan







Nie cincin tunang saya...haha...dia pn nk jugakkk...  









Me n my beloved mom!!











** Semoga perhubungan mereka di rahmati ALLAH...Ameen!!




:: Aku insan Biasa ::