WELCOME TO MY BLOG

Hope You All Will Enjoy With It !!

Monday, February 20, 2012

SEm 4 sudah bermula!!


~ Assalamualaiku ~

Hari ini merupakan hari pertama sem 4 aku.Aku bertolak dari utara ke UPM 18hb malam dan sampai sini 19hb pagi.Mcm biasa,maksu aku yang hantarkan.Kami bergilir2 drive..bila dia mengantuk aku drive,bila aku mengantuk dia pula yang drive..Terima Kasih maksu.Budimu akanku kenang sehingga ke akhir hayat aku.hehe....

Sem nie aku dah daftar 21 jam kredit..tapi tak tahulah boleh survive ke tak..kalau tak,kita drop mana yang tak boleh nak cope..Ala..boleh survive or tak ni bergantung pada kita sendiri.Kalau kita rajin dan berdisiplin..InsyaALLAH apa yang kita buat mesti BOLEH..

Jadual sem nie dari isnin sampai khamis balik 7ptg,5ptg,7ptg,5ptg...huhu..first time dalam sejarah takat 2 tahun dekat UPM ni aku balik lewat macam ni..AKu akan cuba yang terbaik untuk harungi cabaran ni.

Result sem lepas still 3 keatas...Alhamdulillah..


Aku harap sangat2 sem ni lebih baik daripada sem2 yang lepas..AMIN

Disebabkan baru je start sem..and ni hari yang pertama..banyak juga class yang batal..Bagus juga,dia bagi peluang untuk kemas barang2 yang masih banyak tidak disusun.Jenuh juga la aku nak kemas barang2 aku nie..lemah betul kalau bab kemas mengemas ni..

Alhamdulillah...aku dah siap kemas dah..petang tadi,aku siap pergi jogging lagi..sem baru mesti la kena ada semangat baru..





:: AKu Insan Biasa ::

1 comment: