WELCOME TO MY BLOG

Hope You All Will Enjoy With It !!

Thursday, January 20, 2011

I Know Him !!!

DR. Ahmad Bustamam


News nie aku dpt dlm KOSMO ari nie…Mula2 bca,tngok artikel nie n then t’fikir…mcm aku pernah tngok muka dia nie,,,tp d mana ea…
Nie la Lecture aku sem lepas….dia ajar BIOCHEMISTRY…Walaupun dia ajar aku beberapa kali je…I still remember him…btl2 x sangka la…Tahniah Dr.Ahmad !!!

DR. Ahmad Bustamam menunjukkan pek 
vaksin merawat penyakit kanser daripada
 
ekstrak halia hutan di Serdang semalam

Halia hutan cegah sel kanser pangkal rahim

SERDANG - Bahan ekstrak halia hutan atau lempoyang boleh digunakan sebagai penawar kanser pangkal rahim iaitu penyakit kedua paling ditakuti wanita selepas barah payu dara.
Penemuan itu adalah hasil penyelidikan selama 10 tahun Makmal Penyelidikan Kanser Makna, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mendapati tumbuhan herba liar tersebut terbukti mampu melawan sel kanser pangkal rahim pada peringkat awal.
Penyelidiknya, Dr. Ahmad Bustamam Abdul berkata, kajian makmal menunjukkan penggunaan spesies halia itu dalam dos yang betul boleh menyembuhkan penyakit dalam tempoh tidak sampai 72 jam.
Katanya, kajian praklinikal membuktikan sebatian semula jadi herba tempatan itu mampu menghalang perkembangan kanser sehingga fasa tiga.
”Bahan ini mempunyai kemampuan raawatan sama seperti ubat antikanser komersial dan paling penting,sebatian yang digunakan tidak akan merosakkan tisu-tisu normal,” katanya pada siding akhbar Majlis Promosi Hasil Penyelidikan UPM di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof.Ir.Dr.Mohd.Salleh Jaafar.Dr.ahmad berkata,kandungan bahan semula jadi sehingga 99 peratus dalm ubat tersebut menjadikan ia penawar paling selamat tanpa kesan sampingan.

“Ubat ini selamat, membunuh sel kanser secara selektif, boleh digunakan bersama ubat komersial ,tiada tindak balas terhadap sel-sel normal dan tiada kesan sampingan seperti ubatan komersial,:jelasnya.

Jelasnya pihaknya bercadang mengkomersialkan bahan tersebut dalam bentuk cecair pembersih alat sulit wanita.


**Ambil daripada keratan akhbar KOSMO..

No comments:

Post a Comment