WELCOME TO MY BLOG

Hope You All Will Enjoy With It !!

Sunday, April 01, 2012

Trip To Broga HILL

Broga HILL..

Memang menjadi tempat yang dari dulu lagi aku nak pergi..Tapi tak kesampaian sampai la semalam...dan Akhirnya aku sampai juga Broga Hill hari nie...

Tq to all my Housemate yang plan trip ni dan sudi nak ajak aku dan kawan2 aku sekali..

Disebabkan kolej kami pukul 12 dah tutup gate..so kami keluar kolej pukul 11 lebih...kami pergi sungai ramal dulu..then kami pergi downtown Mines untuk mengisi perut kerana kami memerlukan tenaga yang banyak nanti..

kami lepak2 dulu dekat situ..then dalam pukul 2 pagi lebih kami bertolak ke Semenyeh..

Semua 3 kereta yang pergi dan ada 14 orang terdiri daripada budak2 kos KPP..PKK..dan Diet..Alya dan Ayie pun last2 minit baru kata nak ikut..

Benda ni tak cancang sebenarnya...aku pun walaupun dah di ajak..tapi tak sure nak pergi sebab cuaca pagi2 hujan ja..

Alhamdulillah...masa kami pergi cuaca terang menerang..

Ini la pengalaman pertama aku naik bukit..Disebabkan tak da pengalaman naik2 bukit ni..aku mula2 tak dapat nak gambarkan macam mana situasinya..

Mula2 sampai..aku dan aishah kata..kalau kami je yang pergi...mau patah balik...hahhahahah...Aja dan Izzati dah pernah pergi..so,diorg dah ada pengalaman..

Kalau korg nak pergi..better pergi dengan orang yang berpengalaman...

Suasana kelapa sawit dan gelap gelita buatkan aku sedikit takut..tak sangka pula situasinya begitu..huhu

Kami park kereta dan bersiap untuk memulakan pendakian..ni bukan lagi panjat bukit..ni daki bukit namanya...hee

Suasana memang gelap..kami buat regangan dan baca doa sebelum mula daki..

Kami mendaki macam kereta api je..satu line je..izzati dan aja dekat depan sebab diorg pernah naik..dan paling belakang ada 2 orang yang gagah perkasa..(gagah la sangatkan...hee) kami yang berdarah manis ni duduk tengah2...( Bak kata syida..hee)

Ya ALLAH...memang aku tak sangka..Daki bukit ni memang mencabar...tu pun ada hati nak naik Gunung Kinabalu..Naik Bukit Broga pun dah pitam2..

Ada part2 yang curam..Dengan suasana gelap..Korg mesti kene berhati..kami tak nampak apa pun selain jalan kami je..Tak nampak pun berapa tingginya bukit tu sehingga la sampai dekat atas..

Aku memang macam nak pitam..Dalam hidup aku ni mungkin kali yang ke-3 aku rasa pitam..

Diorg sapu minyak cap kapak dekat belakang dan kaki aku..TQ korg..^^










Ko azan ke dekat atas tu suriana oiii....

Rehat sekejap..aku pun dah ok dah..diorg kata sebab perubahan angin...hahah...ada yang sampai mengurut2 dekat situ...hahahah

Stamina mesti kene kuat..ada part2 yang curam dan licin...rasanya kalau silap sikit..mesti tergolek2 la jatuh sampai bawah..



Sampai je dekat satu kawasan rata..kami pun hampar tikar dan berehat..Ada yang tidur dan ada yang teruskan perjalanan naik puncak..



Aku rehat je dekat situ..aku tak naik sampai puncak..dah tak larat dah...heehee

kami sampai dalam pukul 3 lebih...View dia memang cantik sangat2..dengan bintang yang beribu2..angin yang dingin..memang best laa...



Aku tak boleh nak tidur sebab ada nyamuk..aku duduk atas batu je la..

Kami ada buat aktiviti bercerita..hehe..cerita tentang pengalaman masing2..aku sure2 la reka cerita ja sebab aku mana ada pengalaman naik bukit ni..hee



kali ni aku sembahyang subuh beratapkan ribuan BINTANG...hanya ALLAH je yang tahu perasaan aku..=")

Pukul 8 pagi..kami mula mengemas dan mula perjalanan untuk turun..masa tu memang ramai sangat2 orang..macam pesta..ada yang bawa satu family daki bukit ni..ada budak2 kecil yang bersemangat daki bukit ..huhu..( Malu la...budak2 kecil pun bersemangat daki...)

Masa nak turun lagi la mencabar....dengan licin dan curamnya..tak sangka kami dah lalui semua jalan2 ni..sebab malam kami tak nampak apa..main redah je..Bila dah terang..baru nampak keadaan yang sebenarnya..

Alhamdulillah...kami selamat turun..tak ada apa2 yang tak diingini berlaku..

Memang letih la...balik2.kami breakfast dekat kajang...pastu balik bersihkan badan..dan selamat tidur ler...hee

Nie la pengalaman aku naik Bukit Broga...Tak sabar nak tunggu trip yang seterusnya....hee

::AKu Insan Biasa ::

No comments:

Post a Comment